Tuesday, April 24, 2012

Ardani

ardani ni dia ada masalah ke??? orang tak kacau dia pun kan. tiba-tiba je cakap kat aku dengan kawan2 aku yang kitaorang ni kafir. Lepas tu masa hari jadi afiqah kan dapat kek,dia tak dapat makan sebab kitaorang tak bagi. Dah biarlah orang tak kasi makan pun. Tak dapat makan kek pergi kutuk kek tu pulak kata jijiklah kotorlah,tak sedaplah itulah inilah. Bengang telinga kitaorang ni.

Sunday, March 18, 2012

Rehlah Remaja Urban

Salam semua!!!! Aku ni baru balik dari program Rehlah Remaja Urban!!! Best gile hingga tak terkata. Program ni surau "Al-Mawaddah" yang buat. Kitaorang pergi Frim,KLCC,Kampung Orang Asli dan TV ALHIJRAH. Patutnya gi Hospital Selayang, tapi doktor2 tak kasi sebab nanti kitaorang terjangkit, sebab tu lah diaorang tak kasi. 


FRIM:

Kitaorang gi FRIM ni untuk mendekatkan diri dengan pokok2. Bukan setakat tu tapi kitaorang buat macam2 lagi seperti daki bukit,naik titian gantung dan main air terjun. Masa daki bukit tu kitaorang sebenarnya nak naik titian gantung atau lebih dikenali sebagai "Canopy Walk". Sebab tulah kitaorang daki bukit. Kalau tak daki bukit macam mana nak naik. Lepas dah naik canopy walk tu kitaorang gi rendam2 kaki je. And then kitaorang lunch. Ok tu jelah yang nak diceritakan pasal gi FRIM.

KLCC(SKY BRIDGE):


Kitaorang gi KLCC untuk naik sky bridge tingkat 41!!!best kitaorang naik... Rasa macam rendah je sebab tak rasa gayat. Orang yang follow kitaorang kata jambatan ni buat lebih ruang iaitu 10 inci di dua2 belah banggunan. Sebab kalau ada gempa bumi atau tsunami jambatan tu akan bergoyang sebab tulah diaorang buat jarak 10 inci. Sekarang jambatan tu dah bergerak 7 inci. Baki ruang dia tinggal 3 inci. diaorang buat jarak ni sebab tak nak bagi banggunan KLCC tu rapat. Aku ada tangkap banyak gambar.... aku tengah nak letak ni....jap ye....




















Kampung Orang Asli:


Kitaorang gi kampung orang asli untuk saja melawat. Untuk merasakan pengalaman duduk di kampunng orang asli. Ni gambarnya.Yang pakai tudung tu tak lah.Diaorang ni kurang ajar sikit. Bukannya sikit tapi banyak!!! Sakit hati betullah dengan diaorang ni. Tak reti nak bersopan santun betul. Tau lah korang ni orang asli tapi takkanlah tak tau nak bersopan santun. Sabar je lah... Kat situ ada banyak anjing tau. Anjing tu tak reti nak duduk diam. Anjing tu terlalu exciting sebab ada orang datang. Ada lah seekor anjing ni. Dia warna hitam,masa tu kan aku tengah jalan lepas tu adalah  2-3 ekor anjing ni. Anjing seekor ni yang warna hitam nie datang kat aku. Anjing tu dia  pergi bau2 seluar aku. Manalah aku tak takut, Aku  pun larilah ke belakang. Abang sorang ni kata jangan lari kalau tak anjing tu kejar. Tapi macam mana aku tak lari, dah anjing tu datang kat aku. Aku lari jelah. Nanti karang kalu tak lari anjing tu jilat2 pulak seluar aku, Baik aku lari je terus. Kan senang. Ok tu jelah nak ceritakan pasal orang asli ni.


TVALHIJRAH:

Monday, March 12, 2012

Program Siswa Angkat

Program nie dah lepas dah sebenarnya. Program nie buat dekat kolej cemara,seksyen 18. Ada 9 orang darjah 5,darjah 6 semua wajib pergi. 9 orang yang terpilih tu adalah aku,eleena,aufa,syamimie,fatihah,fariza,taufiq,daniel ngan rusydina. Patutnya 10 tapi khairin dia tak boleh datang sebab balik kampung. Kelas kitaorang je yang terpilih. Kelas Naim tak terpilih. Kitaorang terpilih sebab dapat nombor 1-10. Tarikh program ttu dari 9 mac-11 mac. Aku satu bilik ngan Aufa,Eleena dan Syamimie. Kitaorang duduk tingkat atas sekali. Memang terseksalah bila nak naik ngan turun. Dahlah naik bawak beg besar oklah jugak. Tapi,bila nak turun terseksa gilalah sebab nak turun dengan beg besar,lagilah susah. Walaupun susah nak angkat and bawak turun tapi program tu memang best. Rasa macam sekejap je. Bestlah pergi program tu rasa macam tak nak balik. Yelah ada pelbagai aktiviti seperti:caterpillar race,blind (jalan di kolej sambil menutup mata menggunakan kain putih),senamrobik,membuat menara menggunakan straw,cheeer group,sungai berasid,susu beracun,3 hang,meneka orang yang dibelakang kain,belon air,ice breaking ngan mcm2 lagi. Sejujurnya program tu mmg best. Aku akan ingat hari ituu buat selama-lamanya.

Friday, January 20, 2012

Amal Islami

Nanti ada Pertandingan Amal Islami zon biasa dulu. Aku nak masuk kalam jamei. Nanti aku nak buat yang terbaik. Aku nak pastikan yang aku akan terpilih.INSYAALLAH.Moga2 lah ya. Sapa sapa yang baca ni tolonglah doakan untuk aku.Nanti moga diberkati allah.Nanti nak buat sampai peringkat daerah. Nak buat sampai dapat nombor 1,2 dan 3.INSYAALAH.

Thursday, January 12, 2012

Cikgu Amanaton

Nampaknya hari nie seperti hari yang sangat menyedihkan untuk aku. Cikgu Amanaton telah pun meninggal dunia pada pukul 2;00 pagi tadi. Cikgu pergi dengan senang. CIkgu prgi pada hari JUMAAT iaitu hari yang MULIA.Cikgu sakit sebenarnya. Paru-paru cikgu masuk kuman. Wajah cikgu Amanaton masih bermain main di fikiranku. Sekarang cikgu dah arwah . Semua orang terkejut bila cikgu Anuar bagitahu semua murid-murid.Semua tak percaya. Yelahdah lah Cikgu Amanaton tu aktif. Semua program2 kat sekolah dia lah yang jadi pengerusi majlis. Cikgu dah lah baik. Tiba-tiba dah tak ada. Rasa sedih sangat... Masa solat dhuha tu kitaorang gantikan dengan baca yaasiin. Masa baca yaasiin tu aku mula2 menangis sebab diri aku. Lepas tu masa akhir-akhir tu baru aku menangis. Sebab terkenang akan arwah cikgu Amanaton. Sedihnya masa dapat tahu cikgu Amanaton telah meninggalkan Sekolah "SRAI" dan keluarganya.Aku pun berturut sedih dengan keluarga cikgu Amanaton.






CIKGU KAMI SEMUA SAYANG CIKGU!!!!
SAYA AKAN INGAT JASA CIKGU YANG
BAIK.

Thursday, January 5, 2012

Sekolah

hari nie dah hari kedua sekolah. Semalam tak sempat nak tulis. Sebab tulah aku tulis ari nie. Mak aku kata masa untuk bermain da pun tamat. Sebab aku dah darjah5. Tahin depan dah nak UPSR. Macam tak caya je. Rasa macam baru darjah3 je. Aku rasa kecik lagi. Nanti dah nak darjah 6.

Tuesday, January 3, 2012

ASRAMA...

Semalam baru je hantar kakak aku balik asrama. Aku pun dah buat keputusan nak masuk asrama. Nanti sekolah yang tentukan masuk sekolah mana. Sama ada sekolah je  Ataupun Asrama. Nanti masuk ngan kawan kawan jugak la kot. INSHAALLAH